Monday, 9 February 2015

~PERTANDINGAN LIKE & SHARE COC ~


Assalamualaikum semua,

Nak bagitahu kat semua peminat COC yang COC ada buat satu pertandingan LIKE & SHARE Page  Colors Of Craft . Tarikh tutup pertandingan pada 28 Februari 2015. 

Caranya mudah sahaja iaitu :-

CARA-CARA:-
1. LIKE PAGE COLORS OF CRAFT
2. SHARE POST INI
3. TAG 2 ORANG NAMA KAWAN-KAWAN ANDA DI RUANGAN KOMEN


Hadiah yer mestilah menarik iaitu Set DIY Felt dan juga Set Batu Seremban & Pyramid Pounch Bag (Seperti gambar dibawah) . Jom cepat-cepat Like & Share. :D


Tuesday, 27 January 2015

~LUKISAN ALAM~

Salam Sayang Semua... Semoga semua kekawan berada di bawah rahmat Allah. 

Dalam melalui kehidupan ini, kita semua tidak pernah terlepas dari Ujian... begitu jugalah dengan COC. Dalam keseronokkan merancang perjalanan COC, kami dikhabarkan dengan berita yang menyedihkan. Hilang semangat kami.. Jauh pergi angan-angan kami.. seketika kami rasa semua perancangan kami untuk membangunkan COC akan terkubur begitu sahaja. Namun, Alhamdulillah, kami tidak cepat melatah...semangat yang hilang , kami cari semula... kami bangun dari kesedihan ... dengan semangat dan perancangan yang lebih baik untuk COC. Alhamdulillah syukur, begitu kami diuji..begitu juga rezeki datang mencurah untuk COC. Untuk itu, kami bernekad walau apapun  terjadi COC tidak akan terkubur...dan COC akan menjadi kekuatan persahabatan  kami bertiga (sedihlah makcik).

Oleh itu kekawan, doakan lah kejayaan kami ... doakan COC akan kekal berjaya di dunia perniagaan Kraf Online ini yer.... semoga apa yang kami rancangkan insya-Allah akan terlaksana...amin..

So untuk itu, hari ini COC nak sharekan lagu nasyid lukisan alam dari Hijjaz... dengarlah dan hayati lah lirik lagu ini... banyak maksud..nasihat untuk kita semua....

Hidup tidak selalunya indah 
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan 
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar 
(Di) dalam jiwamu itu

~ Kita Di Uji kerana Allah sayangkan kita dan ingin beri lagi yang terbaik buat kita ~


Friday, 16 January 2015

~CODE BATU SEREMBAN~

Assalamualaikum semua...

Di bawah ini adalah code Batu Seremban COC ... so kalau nak order...sila pilih code di bawah dan whatsapp atau PM/WASSEP 0122287018 untuk order. Di ingatkan bagi code yang tiada ready stock, COC akan ambil masa dalam 5 atau 7 hari untuk siapkan bergantung pada berapa kuantiti yang di order.





~PYRAMID POUCH~


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.... 

COC nak memperkenalkan produk terbaru iaitu PYRAMID POUCH 10cm X 10cm X 10cm

HARGA PENGENALAN DARI COC
HANYA RM10 ~ RM15
(bergantung kpd corak dan jenis kain)


Berminat boleh pm atau wPM/WASSEP 0122287018


~BATU SEREMBAN & CEPER IN DA HOUSE~

 Assalamualaikum semua ...

Lama dah tak mengupdate Blog COC nie... tapi jangan risau walau kami tak sempat nak mengupdate blog COC nie, tetapi FB COC sentiasa di kemaskini.....so jangan lupa Like Page kami DColorsOfCraft ye :D .

Antara ready stock batu seremban yang kami ada. Cantik-cantik kan... jangan tak tahu ini adalah hasil tangan COC sendiri... so rugi tak beli hehehe...






Di bawah nie, produk baru COC.. Set Ceper.. sesuai untuk kanak-kanak lelaki.. tetapi kanak-kanak pompuan pun sesuai gak... yang pastinya permainan ceper ini akan mengembalikan kita ke zaman dulu-dulu...yelah batu seremban dan ceper nie kan permainan tradisional... permainan zaman atuk nenek kita  dan kita-kita dulu (yang seusia akak ler heheh) yang dah semakin lama ditinggalkan...so apa kata..kita didik anak-anak kita dengan permainan tradisional ini..sekurang-kurangnya tak lah leka dengan gadget atau telefon jer...


Tak lupa juga nak ucapkan selamat Tahun Baru 2015 kepada semua ..terutama kepada pembeli produk  COC .... Azam COC tahun ini, nak perkembangkan lagi perniagaan COC ini dengan pelbagai produk Kraf yang lain... so jangan lupa sentiasa dapatkan update terkini daripada COC...

Salam sayang dari COC untuk semua... :D